Tanah lapang

Rabu, 28 Julai 2010

Cubalah cepat sikit

Salam mahasiswa dan salam perpaduan,
ini bukan cerita pasal perpadua,
apatah lagi perpaduan UMMO dan PAS,
cerita tentang ragam manusia,
yang tidak kenal erti hormat dan pentingkan rasa.

Benda ini sudah selalu berlaku. Ia umpama sudah menjadi norma dalam kehidupan manusia yang sudah bertamadun ini. Sikap yang diambil mudah tapi membahayakan. Memang banyak tetapi aku cuma hendak cerita satu sahaja. Bukan aku sahaja yang mengadu dan mengeluh, tetapi ramai lagi yang begitu. Selama ini, aku tidak menghiraukan perkara ini namun, bila aku makin tidak hiraukan, makin menjadi-jadi pula. Nak tau apa? Sikap terhegeh-hegeh sesetengah manusia. Sikap ini secaranya umumnya memperlihatkan sikap manusia yang lewa dalam semua perkara, menganggap hidup ini mudah, dan sebagainya. Namun, secara peribadi, aku melihat manusia sebegini adalah manusia yang angkuh dan tidak berdisiplin.

Di kampus ini, aku selalu memerhati pelbagai ragam dan jenis manusia. Sikap terhegeh-hegeh mereka selalu terjadi ketika berjalan ke kelas atau ke mana-mana sahaja di kampus ini. Adakalanya, mereka menghalang pergerakkan orang lain dan adakalanya akan mendatangkan bahaya kepada orang lain. Contohnya ialah, semasa melintas jalan atau menyusuri jalan raya, para pemandu terpaksa mengelak kerana tidak mahu melanggar si pejalan kaki tadi. Namun, ada juga pejalan kaki ini seolah-olah sengaja untuk menimbulkan masalah.

Contoh seperti petang tadi, aku tidak mahu timbulkan bias jantina. Namun aku hampir melanggar atau "dilanggar" oleh sekumpulan pejalan kaki yang terdiri daripada pelajar perempuan dan kereta di belakang aku juga hampir melanggar mereka. Namun, apabila dibunyikan hon, mereka hanya ketawa dan berlalu seolah-olah tiada masalah. Sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan mereka boleh mendatangkan masalah.

Sikap kedua pula ialah, ketika di lampu isyarat. Ada diantara pengguna jalan raya, menggambil kesempatan untuk memperbetulkan kedudukan atau merancang pemanduan ketika lampu isyarat menunjukkan warna merah. Namun, ada juga yang bahalol di mana berbual , tayang dan jual muka, dan mengorat. Apabila lampu bertukar hijau, mereka adakalanya tidak menyedarinya dan lewat memberi respon. Apabila di hon atau ditegur, ayat pertama sekali yang pasti ialah "Tak boleh sabar sikit kew???????".. hahahhahaha
Memang la tak boleh sebab kat lampu isyarat. Sudahlah lampu isyarat tu cepat bertukar arah, lagi mau main-main ka? Orang lain nak cepat.

Sabtu, 24 Julai 2010

Bukan menafikan tapi sekadar mahu tahu

Salam perpaduan,
salam satu harapan.

Mukadimah pembuka bicara, bukan menghina atau mengata, bukan emosi dan sakit hati tetapi kepala pening asyik fikir apa yang dah jadi.

Semalam ada perkara yang menyakitkan jiwa telah berlaku. Saya hampir bertekak dengan pengawal keselamatan kerana beliau cuba menghalang saya membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan asrama saya di kampus. Beliau mengatakan bahawa saya tidak memiliki pas masuk yang baharu dan saya harus meletakkan kereta saya di luar kawasan asrama. Secara peribadi, saya akur dengan arahannya itu dan tidak menafikan hak dan peranannya sebagai penguatkuasa undang-undang di dalam kampus ini disamping mengetahui undang-undang universiti ini. Disamping itu juga, permohonan saya untuk mendapatkan pelekat, pas baharu masih dalam proses dan paling penting ialah, permohonan pelekat dan pas baharu hanya baru dibuka kepada pelajar seperti kami hanya pada minggu lalu dan sidang akedemik yang baru bermula hanya dua minggu!!!!!!!! Namun, apa yang saya persoalkan di sini, mengapa banyak kenderaan lain yang diletakkan di dalam kawasan asrama terbabit dan saya melihat tidak ada sebarang tindakan daripada pihak keselamatan terbabit.



Apa yang saya lihat ialah, kebanyakkan kenderaan yang diletakkan di dalam ruang letak kereta di dalam kawasan asrama ini kebanyakkannya adalah milik pelajar tahun pertama yang tidak langsung mempunyai pelekat kenderaan sidang akademik yang lalu!!!!! Apa yang saya faham ketika mula-mula belajar di kampus ini dahulu, kami pelajar tahun pertama dilarang menggunakan kenderaan dan tidak mendapat peluang untuk mendapatkan pelekat dan pas kenderaan melainkan anda mempunyai jawatan dalam persatuan dan anda merupakan anak kepada VVVIP yang mempunyai akses dan kelebihan tersendiri.

Pernah satu ketika dahulu, semasa saya dalam tahun kedua pengajian, saya pernah bertanya kepada seorang pengawal yang bertugas di kampus ini tentang mengapa mereka tidak menahan pelajar atau menyaman pelajar tahun pertama yang membawa kenderaan dalam kampus, jawapan beliau ialah "diaorang tu lain..". Lain? Apa bezanya kami dengan mereka? Mulia sangatkah kedudukan mereka sebagai kumpulan pelajar "APEX" yang pertama? Kebanyakkan daripada pelajar tahun pertama ini tidak menghormati dan tidak mematuhi peraturan. Seperti meletakkan kenderaan sesuka hati. Pernah sekali, kereta saya telah tercalar kerana ada pelajar tahun pertama cuba mengeluarkan kenderaannya dari petak tempat letak kereta dari ruang sempit. Kereta saya berada dalam petak yang betul manakala kereta pelajar terbabit berada dalam keadaan serong! Saya cuba menegur namun pemandu terbabit hanya menjengkilkan mata kononnya ingin tunjuk hebat. Saya cuma berdiam diri dan melihat di samping memegang "steering lock" kereta sambil membayangkan apa jadi jika saya menghayunkan besi padu itu ke arah kepala pelajar tadi. Namun saya masih waras dan bersabar sahaja.



Sikap begini juga bukan berlaku oleh pelajar tahun satu tetapi pelajar luar negara. Sama sahaja. Pernah seorang "babarian padang pasir" membunyikan hon ketika lampu isyarat sedang merah, menyuruh kenderaan dihadapannya bergerak. Tetapi pemandu dihadapannya enggan kerana lampu isyarat masih berwarna merah. Pak arab terbabit terus meluru meredah lampu merah terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu kenderaan dihadapannya. Saya dan rakan menyangka pak arab terbabit, mempunyai hal kecemasan namun, apabila sampai di hadapan pondok pengawal, pak arab terbabit berhenti hanya untuk mengambil rakannya di tepi jalan sambil berborak dan bergelak ketawa. Perkara terbabit turut di saksikan oleh para pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal terbabit namun, tiada sebarang tindakan.

Saya bukan mahu menghentam atau menghina. Tetapi apa yang terjadi ini, buat saya tertanya-tanya.

Sabtu, 17 Julai 2010

Bukan berdendam apatah lagi menaruh dendam

Salam mahasiswa dan salam perpaduan.

Mukadimah dilupakan buat seketika,
kita teruskan kepada cerita.

Perbalahan sentiasa berlaku di dunia ni. Setiap makhluk di dunia ini pasti berbalah dan ianya tidak hanya terjadi kepada manusia sahaja. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan ini kerana saya manusia biasa dan tidak seperti orang lain yang "sacred".. Saya tidak suka cari masalah dan tidak suka masalah, saya tidak suka mengganggu hidup orang dan tidak suka di ganggu orang. Saya tidak kisah dibenci atau tidak disukai. Saya tidak akan menangis atau kecewa sama sekali. Bukan kerana ego di hati, tetapi bagi saya, ia sudah menjadi lumrah hidup di dunia.












Jika orang menyakiti saya, saya akan biarkan buat kali pertama, saya akan maafkan buat kali kedua dan saya akan pecahkan kepala mereka jika buat kali ketiga. Bukan kerana dendam atau apa, sekadar ingin menyedarkan diri mereka agar tidak menganggap orang yang pendiam ini adalah orang yang bodoh dan lemah.

Jumaat, 16 Julai 2010

Pelatih PLKN sebagai aset pertahanan negara?

Salam mahasiswa dan salam perpaduan,
Pak ngah kembali dengan cerita baru,
bukan cerita pasal cinta dan rindu,
bukan lagi cerita pasal "PLU".

Pagi tadi saya terbaca dalam akhbar online di mana ada menteri mengatakan bahawa pelatih Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN adalah aset penting dalam unit pertahan negara. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf jika hujah saya di dalam blog ini tidak tepat atau salah. Al-maklumlah, saya ini bukan pernah menjalani latihan sebagai pelatih PLKN atau lain-lain program setaraf dengannya. Kawad pun tidak pernah seumur saya apatah lagi memegang senjata. Kesiankan? Bukan apa, bukan minat saya terhadap perkara-perkara begini.
Sebelum itu, apa kata wikipedia tentang PLKN?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib bagi sesetengah daripada mereka yang baru menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.



Demikian tadi dari wikipedia bahasa melayu menjelaskan serba sedikit tentang PLKN. Sebelum itu, saya buat post ini bukan sebab hendak menghentam program ni. Tapi ingin berkongsi sedikit info hasil daripada pemerhatian saya sejak program ini dilaksanakan. Program ini berjaya dilaksanakan tapi gagal menghasilkan pelatih atau "Volunteer paramiliter units" jika mengikut istilah saya sendiri. Sebenarnya banyak lagi program begini.. Yang terkenal tentulah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES atau Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau SUKSIS di universiti tempatan di Malaysia. Tetapi jangan lupa pada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) dan Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Kepada sesiapa yang pernah menyertai PKBM pada era tahun 2001 hingga 2003, sudah pasti sesiapa jua tidak akan melupakan era itu.. Mereka dilatih pelbagai kemahiran dan kepakaran seperti kawad, asas senjata api, teknik pertempuran, komunikasi, undang-undang dan sebagainya seperti tentera dan polis sebenar.



Kembali kepada tujuan asal saya mengapa saya menulis post ini, bagi saya, program ini gagal melahirkan insan-insan yang berjiwa patriotik. Secara peribadinya, saya rasa sukar sekali kerana ia memerlukan kesedaran dalam diri seseorang individu itu sendiri. Saya tidak mengatakan program ini gagal. Tapi gagal melahirkan insan yang diharapkan. Hasil daripada temubual dan kaji selidik saya yang tidak seberapa ini, saya mendapati kebanyakkannya menyertai program ini atas dasar terpaksa dan sekadar ingin mencuba. Apabila sudah menyertai program ini, mereka akan buat perangai seperti ponteng latihan atau tidak bersungguh-sungguh dalam latihan. Dengan erti kata lain, mereka tidak mempunyai jiwa tentera dan polis ketika menyertai pasukan ini. Semangat itu tidak ada. Adakah orang sebegini akan mempertahankan negara jika berlaku? Maaf saya katakan, tidak.

Mungkin saya tidak layak untuk berkata sebegini namun saya berhak untuk memberi pendapat. Niat saya cuma 1, bukan 1 Malaysia tetapi jika sesiapa ingin menyertai program ini, anda harus mempunyai "jiwa" yang sesuai. Jika tidak, jangan buang masa. Jangan cemarkan pasukan dengan sikap anda. Dan lagi, saya ingin menegur sikap anggota yang suka bersuka-ria ketika menyertai pasukan atau program sebegini. Ingin saya pesan, tidak salah untuk "enjoy", mengumpul kawan atau kenalan, "mencapub"( mencari publisiti terutama orang macam ???????( Nama terpaksa dirahsiakan.) dan sebagainya. Cuma jangan lupa pada tanggungjawab dan peranan asal anda. Jika "red alert" terjadi, jika anda cabut dari medan, saya juga akan sibuk "berperang" namun, bukan dengan musuh yang menyerang kita tetapi saya sendiri akan mencari memusnahkan kalian sendiri jika saya tidak mati atau cedera lagi.. ( Bukan emosi atau apa-apa, sekadar pelengkap bahasa)

Oh ya, sebelum terlupa, saya juga ingin menegur sikap sesetengah anggota pasukan simpanan ini, ada yang terlalu bersemangat sehingga menyebabkan orang lain sakit hati dan tertekan. Kepada mereka saya ucapkan, tahniah. Tetapi janganlah paksa orang lain untuk bersikap seperti anda. Kerana mereka adalah mereka, anda adalah anda. Masing-masing mempunyai masalah sendiri, ok? Janganlah paksa mereka. Anda baru reserve bukan regular.. Bawa-bawa sedar dirilah.. Buat cara macam reserve. Rakan-rakan saya di Unit trafik PDRM dan Regimen Artileri pun biasa-biasa sahaja bila mereka di luar tugas walau mereka regular.

(P/s- Rindukan bau 5.56mm yang dilepaskan dari M-16 dan AUG di pagi hari.)

Emm... Berusaha la sikit..

Salam sinis pembuka bicara,
tidak kenal takut atau rasa curiga,
tidak kisah apa orang lain hendak kata,
ini adalah jujur dari hatinya,
tidak berselindung disebalik tembok bata,
tidak gentar walau sedikit jika dicerca.

Kembali! Sudah kembali ke USM(A) setelah bercuti selama dua bulan. Cuti yang sibuk dan tiada peluang untuk bertemu kawan-kawan dan berpeleseran hingga lewat malam atau memecut laju di sekitar jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan kereta burukku. Namun aku puas kerana tanggungjawab aku sebagai anak kepada seorang abang sulung dalam 4 orang adik beradik sudah tertunai. Aku puas walau tertekan..heheh.. Pelbagai perkara terjadi sepanjang aku dikampung.. Benda yang tak sepatutnya terjadi sudah terjadi.. Apa sudah jadi.. Namun itu sudah takdir yang sudah ditetapi.



Aku tidak mahu bercerita lebih panjang lagi.. Cuma ada benda yang menarik perhatian aku hari ini ialah isu pemberian biasiswa JPA. Isu ini menjadi isu kerana banyak pihak menyuarakan rasa tak puas hati kerana proses pemberian biasiswa ini adalah mengikut kaum.. Terutama di kalangan orang bukan bumiputra. Bagi mereka ianya tidak adil. Ia perlu diberikan secara sama rata kepada semua kaum. Bagi aku isu ini isu lama yang sudah lapuk.. Aku ingat semua sudah faham tapi masih ada yang kayu atau sengaja buat-buat kayu.

Bagi aku, kenapa orang bumiputra atau pribumi diberikan peluang lebih dalam penerimaan biasiswa terutama dari JPA? Pertama, bagi aku orang-orang bumiputra atau pribumi ini bukanlah pandai sangat dan kebanyakkannya datang daripada keluarga bukan orang senang. Kedua, orang-orang pribumi dan bumiputra ini kebanyakkannya bukanlah cerdik sangat genetiknya dan agak "rare" lah jika mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ( kecuali untuk kaki hafal dan kaki meniru dalam exam ). Ketiga, kalau tidak silap aku, sudah banyak kerajaan bagi biasiswa kepada orang bukan bumiputra dan pribumi namun apabila mereka sudah menamatkan pengajian, mereka sudah disyaratkan untuk berkhidmat kembali dalam sektor awam sebagai timbal balas atas pemberian biasiswa kepada mereka tetapi mereka tidak mahu kerana dengan alasan, mereka lebih suka berkerja di luar negara kerana ia lebih lumayan.

Sebelum aku menutup kolum ini, jika ada lagi, aku tambah lagi..heheh.. Aku nak pesan, kalau nak berjaya, kita kena berusahalah sedikit. Hidup ini tidak boleh di manjakan sangat.