Tanah lapang

Isnin, 22 Mac 2010

Kenapa orang suka pandu kereta lebih perlahan dari kura-kura?

Salam kuasa ketiga

Sebenarnya saya malas nak buka isu tentang perkara ini tapi saya dah tak tahan dengan perangai sesetengah pemandu di negara kita ini.. Saya akui saya bukanlah pemandu yang baik kerana saya sentiasa memandu had laju lebuh raya walaupun bukan di dalam lebuh raya. Selalu kita dihidangi dengan pemandu yang memandu terlalu laju atau melanggar had laju lalu lintas. Jadi bagaimana pula dengan sikap pemandu yang memandu dengan  terlalu perlahan? Terutama memandu perlahan di lorong memecut di lebuh raya? Bukankah ini membahayakan juga? Sikap yang pentingkan diri?

Disini saya sertakan mengapa pemandu gemar memandu perlahan mengikut gender. Kalau lelaki, mereka gemar memandu perlahan kerana mereka merasakan mereka seorang yang "macho", ingin menayang kenderaan mereka walau hanya Proton Saga BLM  standard yang dibelikan oleh ibubapa mereka atau secara hutang dari bank dan ianya sudah 5 bulan tidak dibayar ansuran bulanannya. Atau ingin mengorat gadis bawah umur yang terdesak inginkan teman lelaki dan bebas dari cengkaman ibubapa.

Manakala yang perempuan mereka, mengapa mereka gemar memandu perlahan tidak mengikut peraturan ialah, ingin menunjukan keseksian mereka kepada orang lain, menikmati pemandangan indah disekitar jalan raya walau adakalanya pemandangan yang terhidang cuma kebun getah atau kawasan kilang macam di kawasan petaling jaya.. Atau mereka ingat jalan raya ini ibubapa mereka yang buat. Atau apa yang selalu saya lihat ialah, mengapa perempuan selalu memandu perlahan ialah, kerana ingin memperbetulkan solekan wajah mereka atau membalas panggilan atau sms dari telefon bimbit.

Namun, secara umumnya, mengapa mereka gemar memandu perlahan ialah, kerana mereka tak gunakan akal dengan sebaik-baiknya. Tak salah jika memandu laju jika sesuai dengan keadaan. Tidak salah memandu perlahan jika kena pada keadaannya.
Tapi lebih baik, tepuk dada, tanya selera.

Isnin, 1 Mac 2010

Apa cerita ni?

Salam sinis pembuka bicara,
kerja banyak tidak terkata,
namun blog tetap dijaga,
walau kurang mata menjengahnya,
kerana tiada kisah peribadi yang dijaja,
pak cik tidak kisah untuk terus bercerita.

Salam sejahtera kepada pelawat laman yang tidak seberapa ini. Saya ingin bercerita bukan kisah peribadi. Cuma ini adalah pendapat peribadi saya sendiri, harap pembaca faham isi cerita ini dan jangan menilai ikut nafsu dengki. Harap maaf jika terasa hati, tetapi ini semuanya ikhlas dari hati kecil ini.

Kisah ini bukan baru bahkan ia sudah lama.. Mungkin sudah beratus tahun atau sejak wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia ini.. Senang cerita tidak perlu berkias kerana kerana berkias ini kena menaip dengan lebih banyak dan panjang lagi. Pagi yang hening tadi, saya melakukan perkara rutin saya iaitu membaca akhabar secara talian di internet.. Dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Utusan melayau apatah lagi haprak daily) hari ini, ada menceritakan bahawa satu kumpulan Oang Asli di Temerloh, Pahang telah membuat satu laporan polis terhadap Yang berhormat Tuan Guru Dato Sri Nik Aziz, menteri besar kelantan. Ini kerana Yang Berhormat Tuan Guru telah membuat kenyataan tentang aktiviti "katak" ahli politik iaitu lompat parti dikalangan wakil rakyat pembangkang. Menurut laporan akhbar ini, Tuan Guru telah  menggunakan perkataan "Jakun" bagi mengambarkan sikap ahli politik terbabit.Kalau hendak tahu lebih lanjut, sila klik disini.

Pada pendapat saya, saya faham mungkin Tuan Guru agak emosi ketika ini dan mungkin Tuan Guru memaksudkan perkara lain. Akan tetapi, saya rasa Tuan Guru tentu ingat tentang satu pepatah, "Kerana mulut, badan binasa" bukan? Saya rasa sebagai tokoh yang dikagumi, dan saya sendiri bukan seorang melayu dan bukan orang islam, saya amat kagum dengan ketokohan Tuan Guru sebagai pemimpin. Namun, saya sebagai Orang Asli, saya juga terasa terhina walau saya bukan dari suku kaum jakun. Namun saya banyak kenalan dari suku kaum ini kerana saya tinggal di Batu 12 Gombak dan disini pelbagai suku kaum Orang Asli ada menetap bersama kerana kebanyakkannya mereka berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Gombak.



Sebenarnya, pelbagai penghinaan yang telah kami terima dari pelbagai manusia. Saya dahulu sudah puas dihina disekolah. Seolah-olah saya ini bukan manusia yang tidak mempunyai perasaan. Bukan ingin meluahkan perasaan tetapi saya ingin memberitahu bahawa perkara ini sebenarnya selalu terjadi. Tetapi saya hanya berdiam diri sahaja bukan kerana saya takut tetapi saya tidak mahu menjadi bodoh seperti mereka.( Jika anda semua mahu tahu, kebanyakkan yang menghina saya ketika sekolah adalah anak orang indonesia yang ibu bapa mereka memegang kad pengenalan merah. Saya sungguh kasihan dengan mereka. Adakalanya, saya bertanya pada diri saya, siapa mereka hendak bersikap demikian kepada saya? Harap maklum.)



Kepada mereka yang gemar menggunakan perkataan "jakun", sakai, ra'ayat dan sebagainya, bawa-bawa bertaubatlah. Kita ini sesama manusia. Darah sama merah. Kalau anda yang begitu bencikan Orang Asli ini, buat apa? Kami Orang Asli ini bukan menggugat sesiapa pun di Malaysia ini, hatta melayu, cina, india dan  sebagainya. Ada kami datang rumah anda semua minta beras sekilo setiap rumah? Rasanya tidak ada. Kami hidup dengan cara kami. Ada kami memperjuangkan hak kesamarataan atau hak ketuanan selama ini? Kami tahu kami ini tiada yang bijaksana dan berpelajaran tinggi tetapi kami tidak bodoh.. Jangan hina dan ganggu kami. We live in our own ways and sorry to say, fuck off from our live!!!!!

Kepada Tuan Guru, mungkin saya tidak layak untuk berkata begini kepada Tuan Guru yang lebih tinggi darjat di mata rakyat malaysia daripada saya ini. Secara jujurnya, saya amat sukar untuk memaafkan Tuan Guru tetapi manusia tidak sempurna dan saya memaafkannya. Sebagai manusia, tidak terlepas dengan kesilapan. Saya juga begitu. Saya rasa kami Orang Asli khasnya Orang Jakun tidak akan mengambil tindakan mahkamah. Kerana kami tidak "terus membikin harta dengan kerjanya menyaman sahaja". Bibit lagu Gasoline Grenade yang bertajuk "Dilarang Melarang". Kepada rakyat Malaysia yang lain juga, bawa-bawalah muhasabah diri. Anda semua pasti tidak mahu terasa terhina bukan? Begitu juga kami ini.

Kepada Tuan Guru dan para penyokongnya atau sesiapa yang berkaitan, saya minta maaflah jika kata-kata saya ini menyinggung antara kalian semua. Rasanya tidak salah saya menegur sesiapa sahaja. Mungkin info saya perolehi ini bukan secara terus dari Tuan Guru dan saya minta maaf jika info ini tidak tepat.

Sorry to say la